PUTRAJAYA: Barisan Nasional (BN) hanya meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kubu Bharu (KKB) sekiranya Pakatan Harapan (PH) memang tidak mahu bertanding. Demikian tegas Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengulangi bahawa situasi semasa PRK bukannya seperti keadaan ketika pilihan raya umum (PRU). “Ini cuma PRK sebab isu kematian penyandang, maka wakil parti yang sedia ada berbuat demikian kecuali jika mereka sendiri tidak mahu,” katanya ketika…










