SINGAPURA: Kementerian Sumber Manusia (MOM) republik ini mengumumkan kenaikan kadar gaji minimum pemegang pas Kebenaran Pekerja (EP). EP membenarkan pekerja asing kategori profesional, pengurusan dan eksekutif bekerja di negara ini, lapor Financial Express. Langkah itu bertujuan mengekalkan kadar gaji sama rata dengan penduduk tempatan merentas semua kumpulan umur. Menerusi penyelarasan gaji baharu itu, kadar gaji minimum yang dinaikkan adalah dari 5,000 dolar Singapura (RM17,600) kepada 5,600 dolar Singapura (RM19,700),…