Serangan agresif China: Filipina akan bertindak balas

Serangan agresif China: Filipina akan bertindak balas

Kapal Pengawal Pantai China menembak meriam air ke arah kapal bekalan semula Filipina, Unaizah 4 Mei yang dalam perjalanan ke misi bekalan semula di Second Thomas Shoal di Laut China Selatan, 5 Mac lalu. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Filipina akan bertindak balas terhadap serangan haram, paksaan, agresif dan berbahaya yang dilakukan oleh pengawal pantai China di Laut China Selatan.

Menurut Presidennya, Ferdinand Marcos Jr., Filipina berang dengan apa yang dipanggil permusuhan berulang oleh kapal China di sekitar kawasan yang dipertikaikan di dalam zon ekonomi eksklusif negaranya.

Malah, katanya, Amerika Syarikat (AS) mempertimbangkan untuk memberi sokongan moral untuk bekas jajahan dan sekutu tenteranya.

Marcos tidak menyatakan apa tindakan balas yang akan dikenakan, tetapi berkata ia akan datang dalam minggu-minggu berikutnya dan berkadar, disengajakan dan munasabah sebagai tindak balas kepada apa yang disebutnya serangan terbuka dan berterusan.

“Kami tidak mencari kon­flik dengan mana-mana negara, lebih-lebih lagi negara yang me­ngaku sebagai kawan kami tetapi kami tidak akan takut dengan berdiam diri, atau tunduk,” kata Marcos di Facebook.

Kemerosotan dalam hubu­ngan dengan China berlaku ketika Marcos berusaha untuk memperdalamkan hubungan pertahanan dengan AS, mening­katkan akses AS ke pangkalan tentera Filipina dan memperluaskan latihan bersama termasuk rondaan laut dan udara di Laut China Selatan.

Namun, usaha ini mengecewakan China.

Khamis lalu, Jurucakap Kementerian Pertahanan, China Wu Qian berkata, Filipina dipersalahkan atas kelemahan itu dan mengharapkan sokongan daripada kuasa luar sambil menjaja maklumat salah dan melanggar kedaulatan China.

“Ia semakin tersasar ke laluan berbahaya. Pihak China tidak akan membenarkan Filipina bertindak secara sengaja,” kata Wu pada satu taklimat.

“Kami bertindak balas de­ngan tindakan yang sah, tegas dan terkawal. Pihak Filipina harus sedar bahawa provokasi hanya akan mendatangkan le­bih mudarat daripada kebaikan dan meminta sokongan asing tidak akan membawa ke mana-mana.”

Serangan terbaru berlaku minggu lalu, apabila China menggunakan meriam air untuk mengganggu satu lagi misi pembekalan barangan semula Filipina ke Second Thomas Shoal untuk askar yang ditempatkan untuk mengawal kapal perang yang sengaja diletakkan di terumbu karang 25 tahun lalu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×