‘Orang obes patut bayar lebih kalau menaiki kemudahan awam sebab mereka duduk di dua kerusi,’. Itu statement yang keluar daripada mulut seorang warga emas yang duduk di sebelah saya dalam LRT sewaktu perjalanan ke tempat kerja baru-baru ini. Tidak kuat tetapi cukup jelas pada pendengaran saya. Orang lain termasuk wanita bertubuh besar itu mungkin tidak dengar sebab masing-masing leka menghadap telefon. Wanita separuh usia itu saya lihat sihat dan tegap,…










