Murid prasekolah menangis dua jam dipujuk datuk, nenek - Utusan Malaysia

Murid prasekolah menangis dua jam dipujuk datuk, nenek

PAKAR pendidikan berpendapat, kerajaan perlu memastikan pendidikan prasekolah di Malaysia setaraf dengan peringkat antarabangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Seorang murid prasekolah yang menangis tidak mahu bersekolah terpaksa dipujuk lebih dua jam oleh datuk dan neneknya, pagi ini.

Muhammad Ammar Husaini Mohd. Afiq Syahmi yang berusia lima tahun adalah murid prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ketapang di sini.

Bagaimanapun, kembar tidak seirasnya iaitu Nurul Akmal Humaira kelihatan tenang dan ceria sepanjang proses suai kenal pada hari pertama sesi baharu persekolahan 2024/2025 hari ini.

Datuk murid itu, Rosamiza Omar berkata,
kedua-dua cucu kembarnya itu sangat teruja mahu ke sekolah dan ceria ketika membeli barangan persekolahan seperti baju, kasut serta beg sekolah beberapa hari lalu.

Menurutnya, semua urusan berjalan lancar pada permulaannya, namun situasi tidak dijangka mula terjadi ketika sekolah membuat perhimpunan pagi.

“Muhammad Ammar Husaini tiba-tiba menangis ketika berhimpun, mungkin panik kerana pertama kali berdepan dengan situasi itu.

“Saya dan isteri serta beberapa guru cuba memujuknya agar tenang namun dia tetap menangis dan berulang kali menyatakan mahu pulang sahaja ke rumah.

“Setelah lebih dua jam dipujuk dengan pelbagai ‘janji manis’ ahli keluarga dan guru, dia akhirnya mula tenang dan gembira memulakan hari pertama persekolahan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jelani Sulong berkata, seramai 6,267 murid pra sekolah mendaftar di seluruh Terengganu pada hari ini.

“Ibu bapa tidak perlu risau kerana guru di sekolah sudah terlatih untuk menangani semua keletah anak-anak terutama pada minggu pertama persekolahan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN