Lebih 200 protes di kilang pembuatan senjata Australia

Lebih 200 protes di kilang pembuatan senjata Australia

BANTAHAN mingguan berlaku selama berbulan-bulan di utara kawasan perindustrian, Melbourne, Australia. -ALJAZEERA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Serangan berterusan Israel ke atas Gaza mendedahkan rahsia tersembunyi mengenai industri pembuatan senjata dunia di pinggir bandar Australia.

Terletak di utara kawasan perindustrian Melbourne, Heat Treatment Australia (HTA) ialah sebuah syarikat Australia yang memainkan peranan penting dalam pengeluaran F-35 Joint Strike Fighters; model yang sama yang digunakan Israel untuk mengebom Gaza.

Sehubungan itu, bantahan mingguan kira-kira 200 orang berlaku selama berbulan-bulan di luar kilang berkenaan.

Bagaimanapun, penunjuk perasaan menerima tindakan keras yang digunakan oleh pihak pengeluar bagi me­nyuraikan mereka dengan matlamat untuk mengukuhkan komponen untuk jet pejuang produk gergasi tentera Amerika Syarikat, Lockheed Martin.

Walaupun penunjuk perasaan kadang kala menghentikan piket mereka, namun mereka tetap bimbang tentang apa yang berlaku di dalam kilang seperti HTA.

“Kami memutuskan untuk mengadakan piket komuniti untuk mengganggu pekerja dan kami berjaya menghentikan kerja untuk hari itu. Kami meng­anggap ini sebagai kemenangan.”

“Australia benar-benar terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku,” kata Farah, 26 tahun, yang berasal dari Syria dan Pa­lestin.

“Ini bertentangan de­ngan apa yang mungkin kerajaan percayai,” kata Nathalie Farah, penganjur protes dengan kumpulan tempatan, Hume for Pa­lestine kepada Al Jazeera.

Lebih 32,000 rakyat Palestin terbunuh sejak Israel melancarkan perangnya di Gaza enam bulan lalu selepas Hamas membunuh lebih 1,000 orang dalam serangan mengejut ke atas Israel.

Perang itu yang sedang disiasat sebagai pembunuhan beramai-ramai oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyebabkan ratusan ribu orang berada di ambang kebuluran, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. – ALJAZEERA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN