BAITULMUQADDIS: Tentera Israel melancarkan operasi ketenteraan di sekitar hospital terbesar di Gaza, Al-Shifa dengan saksi melaporkan berlaku serangan udara di kawasan kejiranan. Kata kenyataan tentera, pihaknya sedang menjalankan operasi tepat di kawasan hospital Al-Shifa. “Operasi itu berdasarkan maklumat risikan yang menunjukkan penggunaan hospital oleh pengganas kanan Hamas,” katanya. Saksi di Bandar Gaza turut memberitahu AFP mereka melihat kereta kebal mengelilingi tapak hospital. Tentera Israel juga melakukan operasi ketenteraan pada November…










