Dakwah Islamiah berlaku sejak zaman Nabi Adam A.S sehingga kepada Rasulullah SAW. Selepas itu, usaha dakwah diteruskan di zaman pemerintahan Khulafa’ Al-Rasyidin, Umaiyyah, zaman kehebatan pemerintahan Islam iaitu era Abbasiah hingga ke hari ini. Usaha-usaha dakwah Islamiah dijalankan dengan metode yang terancang, tersusun, sistematik disertai dengan petunjuk dan rahmat wahyu Allah SWT agar efektif kepada sasaran dakwah. Umat Islam sama ada secara individu atau organisasi disarankan meneruskan penyebaran dakwah Islamiah…










