Aaron-Wooi Yik mara ke final All England

Aaron-Wooi Yik mara ke final All England

AARON Chia-Soh Wooi Yik mara ke final All England.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik buru gelaran pertama pada Kejohanan Badminton All England selepas mara ke perlawanan akhir di Arena Birmingham, England, hari ini.

Gandingan No. 5 dunia itu membenam pasangan No. 15 dunia, Lee Jee Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan menerusi kemenangan straight set 21-16, 21-15.

Kemenangan tersebut juga menyaksikan Aaron-Wooi Yik kini semakin melebarkan rekod pertemuan mereka ke atas Jee Huei-Po Hsuan kepada 4-0.

Dalam perlawanan akhir, malam ini, Aaron-Wooi Yik bakal berdepan beregu No. 7 dunia yang juga juara bertahan, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia.

Fajar-Muhammad Rian mengetepikan cabaran gandingan No. 6 dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dari Jepun 21-18, 21-18 dalam masa 40 minit.

Kejayaan mara ke final merupakan yang kedua buat Aaron-Wooi Yik, selepas julung kali berbuat demikian pada 2019, tetapi pasangan negara itu tunduk kepada The Daddies, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 21-11, 14-21, 12-21.

Jika berjaya melakar kemenangan, Aaron-Wooi Yik juga bakal menamatkan penantian Malaysia selama 17 tahun untuk kembali merangkul gelaran dalam acara beregu lelaki.

Kali terakhir Malaysia membawa pulang gelaran beregu lelaki pada kejohanan badminton tertua itu ialah menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dalam tahun 2007.

Selain itu, Aaron-Wooi Yik yang berjaya menamatkan penantian menjulang kejuaraan sulung dalam Jelajah Dunia pada Terbuka Denmark, tahun lalu, mampu mengulangi pencapaian itu untuk gelaran kedua pula dalam karier mereka.

Sewaktu dinobatkan sebagai juara dunia pada 2022, mereka juga merupakan beregu lelaki yang menjuarai kejohanan paling berprestij itu tanpa sebarang gelaran Jelajah Dunia.

Malah, jika menang di All England, kejayaan itu juga merupakan yang pertama buat Aaron-Wooi Yik pada kejohanan berstatus Super 1,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya