Wanita dakwa diintip di inap desa: Polis buru lelaki tempatan

Wanita dakwa diintip di inap desa: Polis buru lelaki tempatan

RAZLAM AB. HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Polis sedang memburu seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang wanita bahawa dia telah menjadi mangsa intipan, beberapa hari lalu.

Dakwaan itu dibuat susulan penemuan sebuah kamera tersembunyi dalam bilik air di sebuah inap desa di Jelutong, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, pemeriksaan awal polis mendapati, terdapat pautan pada kamera itu yang menghubungkannya secara terus dengan telefon bimbit milik lelaki berkenaan.

“Sehubungan itu, kami percaya lelaki tempatan ini mempunyai kaitan dengan kes tersebut.

”Setakat ini juga, polis telah merekodkan keterangan empat individu termasuk pengadu dan pengurus rumah inap desa terbabit bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di aplikasi Twitter mengenai dakwaan seorang wanita yang percaya dirinya telah menjadi mangsa intipan susulan penemuan sebuah kamera tersembunyi di bilik air sebuah inap desa.

Wanita itu juga mendakwa bahawa percutiannya kini menjadi satu mimpi ngeri selepas menyedari kejadian berkenaan.

Terdahulu, Razlam memberitahu, kes itu disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN