Serangan AS, Britain terhadap Yemen burukkan lagi keadaan di

Serangan AS, Britain terhadap Yemen burukkan lagi keadaan di Asia Barat

GAMBAR edaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Britain (MOD) pada 3 Februari 2024 menunjukkan pesawat RAF Typhoon FGR4 bersiap sedia untuk berlepas untuk melakukan serangan lanjut terhadap sasaran di Yemen. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kumpulan pejuang Hamas mengutuk gelombang serangan Amerika Syarikat (AS) dan Britain ke atas Yemen.

Kumpulan itu turut memberi amaran bahawa serangan itu akan membawa kekacauan lagi ke Asia Barat.

Hamas dalam satu kenyataan menyebut pengeboman pemberontak Houthi menyasarkan serangan terang-terangan terhadap kedaulatan negara Arab dan mengheret wilayah itu ke dalam kegawatan lagi.

Semalam, AS dan Britain menyerang berpuluh-puluh tempat sasaran di Yemen, operasi ketiga mereka sebagai tindak balas kepada serangan berulang kumpulan Houthi  ke atas perkapalan Laut Merah yang mengganggu perdagangan global.

Serangan udara di Yemen itu berlaku sehari selepas gelombang berasingan serangan unilateral AS terhadap sasaran berkaitan Iran di Iraq dan Syria sebagai tindakan balas terhadap pembunuhan tiga askar AS di Jordan pada 28 Januari lalu.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanani sebelum ini menuduh AS dan Britain menimbulkan huru-hara, kekacauan, ketidakamanan dan ketidakstabilan dengan menyokong Israel.

Beliau berkata, serangan ke atas Yemen adalah bercanggah dengan dakwaan berulang Washington dan London bahawa mereka tidak mahu peluasan perang dan konflik di rantau ini.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×