PAFA terselamat daripada diharamkan

PAFA terselamat daripada diharamkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Usaha menyelamatkan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) daripada pengharaman berjaya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi jawatankuasa PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan semalam.

“Sukacita dimaklumkan PAFA berjaya diselamatkan apabila pengharaman terhadapnya ditarik balik.

“Keputusan pemilihan kongres 21 Disember lalu akan digunapakai,” katanya kepada Utusan.

Menurut Abdul Puhat Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah menerima laporan mengenai kongres yang diadakan dan membatalkan pengharaman PAFA itu.

“Kini jawatankuasa PAFA yang diketuai Datuk Mohd Azhar Jamaluddin memikul peranan menggerakkan persatuan.

“Selaku pengerusi ad-hoc saya gembira dengan perkembangan terbaru ini,” katanya.

Menurut Abdul Puhat satu perjumpaan telah diadakan antara Presiden Pafa dengan Pesuruh Jaya Sukan (PJS) berkaitan pendaftaran Pafa pagi tadi.

PAFA dibatalkan pendaftarannya pada 5 April 2023 dan mengemuka rayuan kepada Hannah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN