KEMAMAN: Berang tidak mendapat bekalan dadah, seorang anak tergamak memukul ibunya dengan sebatang kayu dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru Felda Neram 1, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 pagi, wanita berusia 64 tahun itu cedera di bahagian jari dan belakang badan. Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada kakitangan Unit Ambulans Persatuan Bulan Sabit Merah Kuantan yang…