FAM serius majukan Futsal di Malaysia

FAM serius majukan Futsal di Malaysia

PRESIDEN FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin merasmikan penganjuran Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen 1 di di Kompleks Sukan Negara (KSN) Panasonic, Shah Alam.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serius untuk memajukan sukan Futsal di negara ini dengan penganjuran Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) Divisyen 1.

Naib Presiden FAM, Datuk Seri Rosmadi Ismail berkata, kemeriahan dan mutu Divisyen 1 tidak akan terjejas walaupun hanya lapan pasukan bertanding pada musim ini.

Rosmadi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM berkata, lapan pasukan itu adalah pasukan yang biasa mengambil bahagian dan mempunyai peminat tersendiri.

“Pada majlis perasmian MPFL Divisyen 1, Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd. Amin) yang hadir untuk merasmikannya, kita nak tunjukkan FAM betul-betul serius majukan futsal di negara ini.

“Saya pun sudah berbincang dengan presiden sebelum dia hadir dan dia mempunyai banyak pandangan yang boleh menambah mutu dan kualiti liga futsal kita (musim ini dan musim seterusnya).

Menurut Rosmadi, khidmat pemain import yang digunakan kebanyakan pasukan juga mampu menyumbang kepada peningkatan prestasi, sekali gus dapat menaikkan imej dan daya saing liga.

“Kita harap kehadiran mereka (pemain import) serta kualiti mereka dapat bantu pemain tempatan dan tingkatkan mutu liga yang dianjurkan,” katanya.

Pada masa sama, Rosmadi mengesahkan MPFL Divisyen 2 dijadual berlangsung Mei ini dengan tujuh pasukan sudah mengesahkan penyertaan, sekali gus menamatkan teka-teki berhubung status saingan liga itu.

Lapan pasukan lain yang beraksi dalam MPFL Divisyen 1 musim ini adalah Pahang Rangers FC, Shah Alam City, Gombak TOT United FC, Johor Darul Ta’zim (JDT), Terengganu, KL City FC, Selangor FC dan Sabah FA.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN