Kanak-kanak enam tahun, dua kru PBSM Palestin hilang selepas

Di mana Hind Rajab selepas keluarga ditembak Israel?

HIND Rajab tidak ditemukan sehingga ke hari ini. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAFAH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Hind Rajab dilaporkan hilang selepas kereta yang dinaiki bersama ahli keluarganya diserang dan ditembak tentera Israel di Bandar Gaza.

Hind dikatakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam serangan itu dan sempat mene­lefon datuknya untuk membe­ritahu bahawa mereka diserang manakala saudara maranya mati dibunuh.

Datuknya, Baha Hamada berkata, cucunya itu berada dalam ketakutan sewaktu membuat panggilan telefon.

“Dia ketakutan dan cedera di belakang, tangan dan kakinya.

“Dia terus meminta saya untuk datang mendapatkannya,” kata Baha sambil menangis apabila mengingati semula panggilan Hind yang menyayat hati tersebut.

Bandar Gaza musnah akibat pertempuran antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas sejak perang meletus hampir empat bulan lalu.

Bandar itu sebahagian besarnya terputus hubungan dari wilayah selatan yang dikepung selama berminggu-minggu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berulang kali membantah kesukaran yang diwujudkan tentera Israel selain sukar me­nyalurkan bantuan kepada ratusan ribu orang yang dianggarkan kekal di kawasan utara Gaza.

Sewaktu kejadian, Hind dikatakan bersama abangnya, Ha­mada Bashar, kakak iparnya dan adik beradik yang lain di dalam kereta ketika cuba melarikan diri daripada tentera Israel di kawasan Tel al-Hawa, Gaza City seminggu lalu.

Tetapi, Baha berkata, mereka berakhir di laluan kereta kebal Israel dan ditembak.

Dia pada mulanya dapat meng­hubungi anaknya, Bashar dan cucunya Layan yang memberitahu bahawa tiga abangnya terbunuh manakala adiknya, Hind masih hidup.

“Saya cuba menenangkan­nya dan memberitahu akan menghubungi ambulans,” kata lelaki berusia 58 tahun itu.

Tetapi apabila penyelamat dari Bulan Sabit Merah Palestin cuba bercakap dengan Layan yang berusia 15 tahun melalui telefon, berlaku terputus talian dan berbunyi seperti tembakan.

Agensi itu berkata, Layan terbunuh dalam tembakan itu.

“Ketika ambulans menuju ke sana, ibu Hind bercakap de­ngannya melalui telefon. Gadis itu memberitahu ibunya dia dapat melihat ambulans, ibunya mendengar bunyi pintu kereta dibuka, kemudian terputus sambungan,” kata Baha kepada AFP.

Sejak itu, mereka tidak lagi mendengar khabar daripadanya atau daripada kru ambulans Bulan Sabit Merah yang dikerahkan menyelamatkannya.

Dalam pada itu, Bulan Sabit Merah berkata dalam media sosial bahawa nasib pasukan itu iaitu Yousef Zeino dan Ahmed al-Madhoon yang pergi menyelamatkan Hind Rajab berusia enam tahun, masih tidak diketahui.

Malah, pihaknya menyeru masyarakat antarabangsa untuk campur tangan segera untuk menekan pihak berkuasa (Israel) supaya mendedahkan nasib Hind dan pasukan penyelamat berkenaan.

Ketika dihubungi AFP, tentera Israel tidak mengulas me­ngenai kejadian tersebut.

Baha yang berpindah di bandar selatan Rafah berkata, dia ingin mengetahui keadaan Hind walau apa pun keadaannya.

“Saya tidak dapat bayangkan dia tanpa makan atau minum dan dalam kesejukan yang me­lampau,” katanya.

Majoriti mereka yang terbunuh di Gaza sejak awal Oktober adalah orang awam, menurut kementerian kesihatan di wilayah kendalian Hamas.

Serangan udara, laut dan darat yang memusnahkan Israel membunuh sekurang-kurang­nya 27,478 orang di Gaza, menurut jumlah kementerian terkini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×