Urus anak autisme

Urus anak autisme

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Menguruskan anak autisme menyebabkan emosi saya sering terganggu. Boleh kongsikan bagaimana untuk mengawal emosi dan apakah cara terbaik bagi mendidik anak autisme?
Jaja, Melaka

Jawapan
Memiliki anak adalah anugerah yang sangat berharga daripada Allah SWT. Bagi yang mendapat zuriat, mereka bergembira membesarkan anak-anak yang sihat dan cergas di depan mata.

Namun, ada juga pasangan yang berperang dengan emosi, menahan sindiran dan cemuhan hanya kerana memiliki anak istimewa.

Dugaan ini bukan mudah untuk dihadapi dan pasti pelbagai emosi muncul selepas anak disahkan mengalami autisme.

Di sini saya kongsikan kaedah pengurusan emosi buat ibu bapa dalam mengendalikan anak-anak istimewa ini:

a)Belajar menerima takdir – Terima keadaan anak dengan reda. Berbincang dengan pasangan untuk bawa anak bertemu pakar bagi mendapatkan rawatan yang bersesuaian. Kadangkala terdapat ibu bapa yang tidak menerima keadaan anak menyebabkan mereka tidak memberi rawatan yang sepatutnya.

b)Jangan mudah panik dan bertenang – Ibu bapa perlu tenang semasa berdepan dengan anak yang di luar kawalan. Kawal emosi supaya anda dapat mengurus anak dengan baik.

c)Belajar ilmu parenting – Kenal pasti sikap anak dan belajar menguruskannya mengikut kaedah-kaedah yang diperlukan berdasarkan sikap anak.

d)Memberi sokongan – Ibu bapa perlu memberi kesedaran dan sokongan kepada anak-anak dan masyarakat sekeliling agar mereka lebih memahami dan sama-sama dapat membantu anda semasa mengendalikan emosi anak.

Tips menguruskan anak adalah seperti berikut:
a)Sedia kawasan rumah selamat – Cipta ruangan khas dalam rumah untuk anak rasa lebih selamat. Sediakan peraturan yang mudah dan senang untuk difahami. Contohnya, petunjuk arahan yang bergambar dan berwarna.

b)Kenal pasti punca sikap – Apabila anak mengalami tantrum, cuba fahami keinginan mereka dan usaha penuhi dengan sebaiknya. Kadangkala tantrum yang berlaku mungkin disebabkan keinginan tidak difahami oleh ibu bapa. Bantu mereka untuk meluahkan rasa tanpa perlu bersikap tantrum.

c)Tingkat aktiviti kraf – anak-anak autisme mempunyai tenaga yang sangat aktif. Suka berjalan dan berlari. Bantu alirkan tenaga mereka dengan melakukan aktiviti.

d)Bawa anak bergaul dengan komuniti untuk melihat interaksi apabila bersama orang lain. Langkah itu, dapat membantu mereka untuk belajar dunia luar seperti anak normal lain.

e)Berdoa – Semoga Allah memberikan anda kesabaran untuk menguruskan anak dan mudah-mudahan anak juga sihat supaya mudah untuk dijaga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya