Terbeban dengan kerja

Terbeban dengan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN
TEKANAN tempat kerja sangat mengganggu. Setiap hari perlu berhadapan dengan majikan yang cerewet, suka provokasi staf dan timbunan kerja yang tak pernah habis. Teringin sangat nak berhenti, tapi bila memikirkan masa depan, saya buntu.
-Suria, Sepang

JAWAPAN
Dalam mendepani kehidupan yang kian mencabar, sektor pekerjaan adalah keperluan utama bagi setiap individu.

Mereka memerlukan pekerjaan untuk mendapatkan wang bagi meneruskan kehidupan. Apabila dapat memegang sesuatu jawatan dalam sesebuah organisasi, sudah pasti anda sudah bersedia untuk berurusan dengan pelbagai kerenah manusia.

Oleh itu, cabaran dalam dunia pekerjaan adalah suatu kebiasaan yang dialami setiap orang. Namun begitu, apakah cara untuk anda mengurus emosi apabila berhadapan dengan situasi berkenaan.

Apakah persediaan diperlukan untuk menjadikan anda lebih matang dalam mengharungi cabaran di tempat kerja ini?.

Menjawab persoalan ini, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan apabila berhadapan dengan majikan seperti itu. Antaranya:

i)Belajar kawal emosi – Belajar mengendalikan emosi dengan baik. Kawal perasaan tidak selesa dengan cara berfikiran positif. Mungkin majikan anda sedang menghadapi masalah besar sehingga menyebabkan beliau bersikap begitu.

2)Mengamalkan sikap terbuka – Bersikap terbuka apabila berhadapan dengan majikan. Sekiranya terdapat sesuatu isu yang menyebabkan anda tidak selesa, buat temujanji dan adakan perbincangan untuk penambahbaikan bersama dengan majikan. Sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan kepada anda selepas berterus terang dengan majikan.

3)Tambah ilmu pengetahuan – Belajar daripada pengalaman lepas. Ubah sikap anda untuk menjadi lebih baik. Fokus kepada work-life balance dengan seimbangkan antara kerja dan kehidupan harian. Belajar untuk fokus dengan kerja hakiki di tempat kerja dan elakkan daripada membawa bebanan ditempat kerja di rumah.

4)Belajar mengenali majikan – Berusaha menyesuaikan diri dengan keperibadian majikan anda. Jika anda tidak mampu mengubah mereka, berusahalah mengubah sudut pandangan anda pada mereka supaya anda lebih selesa apabila berurusan dengan mereka. Ubah persepsi anda terhadap tekanan tempat kerja. Jika anda memikirkan kerja adalah satu bebanan, ia akan menyebabkan anda sentiasa mengalami tekanan. Anggap ia sebagai satu cabaran untuk anda lebih terbuka dengan kritikan diberikan.

5)Bersabar – Bersikap sabar dalam mendepani sikap majikan. Namun, sekiranya anda sudah tidak mampu bersabar, maka usahalah mencari sektor pekerjaan lain. Pastikan anda jelas dengan matlamat anda sebelum keluar daripada majikan sedia ada.

6)Sistem sokongan – Cari mereka untuk salurkan tekanan yang anda rasai. Luahkan segala keserabutan dan bertanya pendapat dan pengalaman daripada orang lain

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya