Dewi Hamat dicari untuk selesaikan penyerahan anak

Dewi Hamat dicari untuk selesaikan penyerahan anak

AHMAD HAFIZUDIN ABDUL GHAPAR menunjukkan gambar serta Surat Daftar Kelahiran Amina Auni Syafira Abdullah ketika menemui di Kluang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Satu keluarga di sini meminta seorang wanita yang dikenali sebagai Dewi Hamat, menghubungi mereka dengan segera bagi menyelesaikan urusan penyerahan anak wanita tersebut kepada keluarga itu secara sah.

Dewi, yang kali terakhir diketahui bekerja di Kuantan kini tidak dapat dihubungi mengakibatkan kanak-kanak itu yang sudah berusia tujuh tahun mungkin berdepan dengan masalah untuk memasuki alam persekolahan pada Mac nanti.

Kanak-kanak itu yang bernama Amina Auni Syafira Abdullah diserahkan oleh Dewi kepada Abdul Ghapar Yusof ketika berusia tiga hari selepas dilahirkan pada 13 Julai 2017 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Menurut anak Abdul Ghapar, Ahmad Hafizudin, 29, berkata, sebelum ayahnya meninggal dunia pada bulan Ogos 2021, arwah ada menceritakan sedikit sebab dan cara penyerahan bayi berkenaan.

Katanya, Dewi menyerahkan bayi berkenaan kepada keluarganya atas alasan mahu mencari pekerjaan lain bagi membaiki tahap ekonomi sebelum berjanji akan mengambilnya semula. 

“Ketika penyerahan dilakukan, Dewi hanya menyertakan surat pengesahan kelahiran dari hospital kepada ayah sebelum memproses Surat Daftar Kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara. 

“Kira-kira setahun selepas itu, wanita berkenaan ada datang ke rumah untuk melihat keadaan anaknya serta menyatakan hasrat agar bayi berkenaan dijadikan sebagai anak angkat keluarga kami tanpa menyertakan sebarang dokumen berkaitan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ahmad Hafizudin berharap dapat menemui ibunya bagi memproses secara sah penyerahan anaknya itu dan membolehkan kanak-kanak dalam jagaan keluarganya itu dapat dimasukkan ke sekolah.

“Usaha menghubungi wanita itu selain mencari di tempat kerja yang dinyatakan sebelum ini gagal kerana dipercayai sudah berpindah melalui maklumat rakan-rakan sekerjanya. 

“Mereka yang mengenali wanita itu atau Dewi sendiri boleh berhubung dengan saya di talian 010-8814153,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN