TMJ gesa semua pasukan Liga Super naik taraf sistem padang

TMJ gesa semua pasukan Liga Super naik taraf sistem padang

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa semua pasukan yang bertanding di Liga Super musim depan, menaik taraf sistem padang stadium masing-masing.

Selain keadaan padang yang baik, keutamaan kepada sistem saluran air juga perlu dipastikan berada di tahap terbaik supaya padang tidak bertakung.

Hal ini kerana, saingan Liga Super musim depan dijadualkan berlangsung bermula April 2024-April 2025 selari dengan takwim Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Justeru, aksi liga akan berlangsung pada musim hujan sekali gus berisiko memberi kesan kepada keadaan padang.

Oleh itu, Tunku Ismail, menyeru semua pasukan memberi keutamaan kepada padang agar isu bermain di atas padang seumpama ‘sawah padi’ tidak timbul sehingga menjejaskan rentak permainan pasukan bertanding terutamanya JDT.

“Soalan saya kepada MFL (Liga Bolasepak Malaysia) & FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) memandangkan liga akan berjalan ketika musim hujan/Monsoon bermula musim hadapan. Adakah kami akan bermain atas sawah padi di stadium-stadium lain?

“Inilah sebab pentingnya mempunyai padang permainan dan sistem perpaipan yang bagus. Sudah masa semua pasukan dan Negeri memperbaiki padang stadium masing masing,” tulisnya dalam platform media X miliknya.

Melalui hantaran itu, Tunku Ismail turut memuatnaik beberapa gambar keadaan padang Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang tidak bertakung walaupun hujan turun selama beberapa jam di venue berkenaan.

“Tiada lecak, tiada takungan air. Top drainage! (Saluran air terbaik).

“Tiada air bertakung /lecak walaupun hujan lebat dari pukul 1PM (tengahari),” tambahnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN