Polis klasifikasi penemuan mayat bayi sebagai kes bunuh - Utusan Malaysia

Polis klasifikasi penemuan mayat bayi sebagai kes bunuh

POLIS mengklasifikan kes penemuan mayat bayi perempuan di persisiran Pantai Quensbay, Bayan Baru, Pulau Pinang semalam, sebagai kes bunuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

GEORGE TOWN: Polis mengklasifikan kes penemuan mayat bayi perempuan di persisiran Pantai Quensbay, Bayan Baru, di sini semalam, sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, ia susulan hasil bedah siasat mendapati punca kematian bayi itu ialah disebabkan luka di bahagian leher (incised wound to the neck).

“Selepas mendapat hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP), kes itu telah diklasifikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menyalurkannya kepada pihak polis atau pegawai penyiasat ASP C. Jivendran Muthuliyar di talian 019-3469718 bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Semalam, mayat bayi perempuan ditemukan terdampar di kawasan pesisiran Pantai Queensbay, Bayan Baru di sini.

Pihak polis menerima laporan mengenai penemuan mayat bayi itu pada pukul 5.55 petang.

Siasatan awal mendapati, mayat bayi berkenaan dipercayai dihanyutkan oleh arus laut sehingga terdampar di kawasan pantai berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya