Polis guna dron jejak laluan tikus kawasan mayat Zayn Rayyan ditemukan

Polis guna dron jejak laluan tikus kawasan mayat Zayn Rayyan ditemukan

POLIS menerbangkan dron di sekitar lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Satu unit dron diterbangkan polis sekitar lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin berhampiran Blok R Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini sebentar tadi.

Operasi menerbangkan drone dilaksanakan sepasukan anggota daripada Unit Drone Pasukan Gerakan Udara (PGU) Bukit Aman kira-kira pukul 5 petang tadi.

Dua anggota unit berkenaan menerbangkan satu unit dron pada ketingggian 30 meter selama kira-kira 20 minit di kawasan anak sungai tempat mayat Zayn Rayyan ditemukan serta kawasan belukar berhampiran lokasi berkenaan.

Difahamkan, tujuan dron berkenaan diterbangkan adalah mengesan sebarang denai atau laluan tikus yang terdapat di kawasan berkenaan bagi membantu siasatan polis berhubung kes berkenaan.

Dalam pada itu, pasukan penyiasat turut memeriksa kenderaan yang diparkir di sekitar Blok R dan S untuk melihat jika terdapat kamera papan pemuka (dash cam) pada kenderaan terbabit.

Ia dipercayai bertujuan mendapatkan sebarang rakaman berhampiran tempat kejadian yang dapat membantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Terdahulu, media melaporkan polis menyiasat kematian Zayn Rayyan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan susulan laporan bedah siasat semalam.

Mayat kanak-kanak itu ditemukan di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya kira-kira pukul 10 malam tadi oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari bersama pihak polis.

Mangsa ditemukan terbaring di tepi anak sungai terletak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di di Blok R Apartmen Indah.

Kes kematian kanak-kanak itu diklasifikasikan semula sebagai bunuh selepas bedah siasat menemui kesan kecederaan pada leher dan badan mangsa. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya