Piala Malaysia: Terengganu janji tampil aksi terbaik

Piala Malaysia: Terengganu janji tampil aksi terbaik

(Dari kiri) Ketua Jurulatih JDT, Esteban Solari, Kapten JDT, Jordi Amat, Kapten Terengganu FC, Habib Haroon dan Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbuckner bergambar bersama trofi Piala Malaysia dalam sidang akhbar menjelang Perlawanan Akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil .-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengendali Terengganu Tomislav Steinbruckner, berkata beliau tidak boleh menjanjikan kemenangan namun menegaskan pemainnya akan memberikan segalanya untuk memburu kejayaan pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Kekalahan dalam dua perlawanan di Liga Super akan menjadi rujukan buat Steinbruckner dalam memperbaiki segala kelemahan dan menampilkan aksi lebih baik.

“Apa yang saya boleh janji, Terengganu akan memberi aksi terbaik. Saya sedar harapan tinggi diletakkan penyokong untuk menang piala tetapi semua sedia maklum tentang JDT.

“Kita sentiasa mempamerkan peningkatan, bagi saya dua kekalahan sebelum ini menunjukkan peningkatan. Ketika kita kalah 2-0 di SSI (Stadium Sultan Ibrahim) dan pada aksi kedua kalah 1-3 di laman sendiri, ada peningkatan ditunjukkan,” katanya dalam sidang media menjelang perlawanan akhir berkenaan.

Skuad Harimau Selatan sudah tentu menurunkan skuad terbaik dan mereka adalah pasukan pilihan tetapi dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya