Persembahan Jaclyn Victor tidak buruk namun belum cukup kuat - Utusan Malaysia

Persembahan Jaclyn Victor tidak buruk namun belum cukup kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Membawakan lagu berjudul Mistikus Cinta nyanyian asal kumpulan Dewa dan Taman Rashidah Utama daripada Wings, persembahan Jaclyn Victor mendapat kritikan pedas daripada juri tetap, Datuk Stafinaz Selamat di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV), malam tadi.

Menurut Syafinaz, dari aspek vokal, Jaclyn sememangnya sudah tidak perlu dipertikaikan namun masih ada yang kurang dari aspek persembahannya secara keseluruhan.

“Lagu tersebut sangat sukar untuk dibawakan tetapi dari aspek vokal, Jac memang selalu ‘on’. Tapi hari ini, adalah sana sini sikit vokal itu yang kena diperbaiki.

“Tetapi tidaklah buruk. Saya rasa, sekiranya Jac dapat masuk ke pentas akhir pertandingan, saya rasa ada harapan buat awak.

“Sekiranya ia berlaku, Jac kena fikir macam ini. Dari satu aspek makanan asas itu sudah sedap, itu yang Jac ada. Tetapi dari aspek persembahan, masih belum cukup kuat,”katanya.

Syafinaz berkata demikian semasa menjurikan persembahan Jac pada pentas ASGV yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, malam tadi.

Selain itu, nasihat Syafinaz kepada Jac, penyanyi tersebut harus mengutamakan keseluruhan persembahan dan tidak cuma tertumpu pada vokal semata-mata.

“Dalam sesebuah pertandingan, ia bukan hanya mengenai vokal semata. Awak sepatutnya berikan kami lebih lagi daripada itu.

“Jika awak mara ke pentas final, gunakan semuanya dengan baik,”katanya.

Rancangan popular itu menyaksikan kesemua bintang diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz.

Konsert GV10 diacarakan trio pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya