Masih terlalu awal nilai Harimau Muda

Masih terlalu awal nilai Harimau Muda

SKUAD B-23 negara menjalani latihan menjelang perlawanan kedua menentang China B-23, esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masih terlalu awal untuk menilai prestasi anak-anak buah Juan Torres Garrido biarpun berjaya melakar kemenangan 1-0 ke atas skuad bawah 23 (B-23) China dalam aksi persahabatan, kelmarin.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemerhati bola sepak, Mohd. Sadek Mustafa berkata, semua pihak tidak perlu meletakkan harapan yang tinggi kepada skuad B-23 bagi mengelak tekanan yang memuncak.

“Memang kita mengharap mereka lebih baik dari sebelum ini tetapi kita tidak boleh meletakkan harapan yang terlalu tinggi.

“Ini adalah permulaan yang positif tetapi terlalu banyak perlu ditambah seperti dari segi aspek taktikal, corak permainan dan kerjasama daripada skuad B-23 ni untuk menyerlah dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.

“Mereka perlu lebih berdisiplin dalam semua aspek yang digariskan oleh pihak kejurulatihan.

“Saya rasa, terlalu awal untuk meletakkan mereka setara dengan skuad senior kerana ini adalah perlawanan persahabatan kerana kejohanan sebenar tidak ada ruang untuk kesilapan,” katanya.

SADEK MUSTAFA

Mengulas lanjut, Sadek berkata, pemain skuad B-23 perlu cepat untuk mengadaptasi corak yang diinginkan oleh Garrido bagi memastikan keserasian dalam pasukan dapat dibentuk dengan baik.

“Satu perkara positif yang dapat dilihat di barisan kejurulatihan baharu dan saya mengharapkan pemain-pemain dapat mengadaptasi dengan lebih cepat mengenai taktikal dan corak permainannya.

“Untuk meletakkan mereka sebaris dengan skuad senior adalah jauh lagi kerana belum mempunyai permata-permata hebat yang dapat merencana dan mengetuai pasukan B23 ini,” katanya.

Tambahnya, perkara yang paling penting pemain harus cepat belajar dan meningkatkan prestasi dalam kejohanan yang lebih tinggi.

“Di peringkat Asia, kita akan berhadapan dengan negara Asia Barat yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan kematangan dari aspek taktikal seperti pasukan Jepun dan Korea.

“Kalau kita dapat memenangi perlawanan antara Vietnam dan Thailand, prestasi kita mungkin hampir seperti Korea dan jepun tetapi ia mempunyai cabaran yang lagi besar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya