Instagram Kim Kardashian diserang Swifties, penuh emoji ular - Utusan Malaysia

Instagram Kim Kardashian diserang Swifties, penuh emoji ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Laman sosial milik selebriti, Kim Kardashian diserang peminat Taylor Swift sejak semalam.

Serangan bermula selepas Swift dalam satu wawancara menamakan Kim sebagai individu yang bertanggungjawab menyebabkan dirinya  kemurungan teruk beberapa tahun lalu.

Penyanyi Cruel Summer itu juga menamakan Kim sebagai dalang yang menyunting panggilan telefonnya bersama Kanye West dan tidak memohon maaf atas kerja kotornya itu.

“Kim merakam perbualan telefon secara haram dan menyuntingnya. Dia juga mengatakan kepada semua orang bahawa saya seorang pembohong.

“Kejadian itu membuatkan saya mengalami masalah psikologi yang serius. Saya pindah ke luar negeri.

“Saya takut menerima panggilan telefon bimbit, menjauhi orang dan tidak mempercayai sesiapapun. Saya sangat hancur,” kata Taylor kepada majalah TIME.

Hasil tinjauan Utusan Malaysia mendapati hantaran media sosial Kim dipenuhi desakan peminat Swift yang mahu bintang rancangan realiti itu tampil memohon maaf atas perbuatannya.

Selain itu, ruang komennya juga dibanjiri dengan emoji ular sinonim bagi menggambarkan seseorang yang licik dan cakap berbelit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya