Harimau Malaya berisiko kehilangan Arif Aiman-TMJ

Harimau Malaya berisiko kehilangan Arif Aiman-TMJ

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim meninjau keadaan padang dan sesi latihan rasmi JDT di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bukan hanya akan memberi kesan kepada final Piala Malaysia sahaja tapi turut terkena tempias adalah pasukan Harimau Malaya yang hanya memiliki tempoh sebulan untuk persiapan ke Piala Asia Januari depan.

Semua sedia maklum, hampir separuh pemain dalam skuad kebangsaan datangnya daripada skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) dan keadaan padang yang ‘rosak’ bakal mendatangkan risiko kecederaan seperti buku lali, lutut dan groin.

Kerisauan itu, diluahkan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas beliau sendiri datang ke SNBJ melakukan pemeriksaan padang ketika sesi latihan rasmi skuad Harimau Selatan malam semalam.

Jelas Tunku Ismail, perkara paling membimbangkannya adalah risiko kecederaan yang boleh berlaku kepada beberapa tonggak pasukan kebangsaan ketika saingan Piala Asia di Qatar hanya berbaki sebulan sahaja lagi.

“Main boleh main. Tetapi ‘quality game’ akan ‘low’. Yang membimbangkan adalah pemain utama pemain kebangsaan macam Corbin (Ong), Arif Aiman (Hanapi), Matthew Davies, Endrick Dos Santos, Shahrul Saad dan Afiq Fazail cedera.

“(Risiko cedera) buku lali, peha, lutut dan groin oleh kerana padang tak rata. Bulan depan Piala Asia di Qatar,” kata Tunku Mahkota Johor (TMJ) di media sosialnya.

Final Piala Malaysia yang berlangsung malam ini menyaksikan pertemuan JDT menentang Terengganu.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan keadaan padang yang bertampal-tampal dan bakal merencatkan corak permainan kedua-dua pemain, selain menggambarkan ketidaksempurnaan padang di venue berprestij itu.

Terdapat dua bahagian dilihat bertampal dan tidak rata terutama di bahagian tengah padang dan belakang padang di sebelah kanan dari arah tempat duduk kenamaan.

Sekiranya kebimbangan disuarakan Tunku Ismail berlaku, maka ia akan membuat pengendali Harimau Malaya Kim Pan Gon ‘pening’ dalam mempersiapkan pasukan terbaik bagi mengharungi kempen Piala Asia di Qatar.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E bersama Bahrain, Jordan dan Korea Selatan dengan aksi pertama skuad negara pada 15 Januari depan bertemu Jordan di Stadium Al Janoub.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya