Skuad silat negara bawa pulang tujuh emas dari Dubai

Skuad silat negara bawa pulang tujuh emas dari Dubai

PESILAT Seni: Syafiqah Hamzah (dua dari kanan) pemenang pingat emas acara tunggal puteri diapit rakan sepasukannya, Danial Azroy, Danial Azray (emas-ganda putera) dan Khairul Shadad (gangsa-tunggal putera).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan Malaysia membolot tujuh pingat emas dalam Kejohanan Pencak Silat Asia ke-7 di Dubai, kelmarin, membuktikan kemampuan barisan atlet muda dalam meneruskan legasi pesilat legenda, Al-Jufferi Jamari pada masa akan datang, masih boleh diharapkan.

Nama-nama seperti Muhammad Helmi, Nor Farah Mazlan dan Nur Syazeera Hidayah Idris yang baru diperkenalkan dalam kejohanan itu bagaimanapun berhasil menghadiahkan kemenangan walaupun masih belum biasa dengan tahap pertandingan tertinggi.

Biarpun berlatih dengan dua jurulatih baharu, namun ini adalah penyertaan terbaik Malaysia selepas kejohanan sama di Kashmir pada 2021, di mana skuad negara hanya membawa pulang lima pingat emas ketika itu.

SITI Shazwana Ajak berjaya membawa pulang emas dalam kategori puteri D di Kejohanan Pencak Silat Asia ke-7, Dubai.

Pengurus pasukan, Bibi Aishah berkata, keputusan positif ini sekali gus memberi gambaran baik terhadap Kejohanan Silat Dunia 2023 yang akan berlangsung pada 25 Disember depan.

“Lima pingat emas dihadiahkan Khairi Adib (pemenang enam kali Sukan SEA), kemudian pesilat baru, Helmi yang kami ketengahkan selepas Al-Jufferi bersara.

“Dia menunjukkan persembahan yang sangat baik sebab baru kali pertama bertanding kejohanan besar. Kami juga sasarkan dia untuk menang emas dalam kejohanan dunia nanti.

“Selain itu kita juga Farah Mazlan, pemenang pingat emas Sukan SEA 2023, serta Syazeera, walaupun dia pesilat lama tetapi akhirnya berjaya raih pingat pertama untuk dirinya dan negara.

“Sebelum ini kita pernah dapat paling tinggi pun lima pingat emas dalam kejohanan peringkat antarabangsa. Ini adalah kejohanan terbaik yang pernah saya bawa dan paling banyak Malaysia raih pingat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kejohanan yang berlangsung dari 9 hingga 12 November itu menyaksikan Malaysia meraih tujuh pingat emas, lima perak dan tiga gangsa.

Terdahulu, Malaysia berjaya meraih dua pingat emas menerusi acara seni oleh Nur Syafiqah Hamzah (tunggal puteri) dan gandingan regu lelaki Danial Azroy dan Danial Azray (ganda putera).

Pada hari terakhir kejohanan, Malaysia meneruskan momentum merebut lima lagi pingat emas dalam acara olahraga yang dimenangi Khairi Adib Azhar (putera B), Muhammad Helmi (putera E), Nor Farah Mazlan (puteri A), Nur Syazeera Hidayah Idris (puteri B) dan Siti Shazwana Ajak (puteri D).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya