Piala Asia B-23: Laluan sukar menanti Harimau Muda di Qatar

Piala Asia B-23: Laluan sukar menanti Harimau Muda di Qatar

SKUAD Malaysia Bawah 23 tahun diundi dalam Kumpulan D bagi kempen Piala Asia B23 Mac depan.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara sudah boleh merangka strategi untuk mengharungi kempen Piala Asia B-23 di Qatar Mac depan.

Anak buah Juan Torres Garrido diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

Terdahulu, skuad Harimau muda layak ke Piala Asia B-23 di Doha, Qatar selepas muncul antara empat pasukan naib juara kumpulan terbaik dalam aksi kelayakan ketika dibawah bimbingan E. Elavarasan.

Begitupun, corak permainan dan prestasi yang kurang memberangsangkan diperagakan pemain menyaksikan Elavarasan memilih untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih dan tempatnya telah diganti oleh Juan Torres.

Ia adalah penampilan ketiga skuad negara di Piala Asia B-23 selepas melakukannya pada tahun 2018 dan 2022.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN