Persediaan sambutan Deepavali meriah

Persediaan sambutan Deepavali meriah

B. KALA (kiri) melayan pelanggan yang membeli baju baharu untuk Deepavali di kawasan perniagaan Little India di Ipoh. – UTUSAN/LIYANA RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persiapan untuk me­nyambut perayaan Deepavali bagi masyarakat Hindu di sini me­riah.

Ini berdasarkan pengunjung yang membeli barangan keperluan untuk sambutan untuk perayaan itu terutama membeli baju baharu untuk dipakai pada hari Deepavali nanti.

Pemilik kedai pakaian di kawasan perniagaan Little India di sini, V.K.K Tekstil, B. Kala, 60, berkata, perayaan kali ini dilihat meriah apabila jumlah pengunjung meningkat.

Menurutnya, biasanya pelanggan yang datang paling ramai selepas waktu bekerja iaitu petang hingga malam.

Katanya, suasana kali ini lebih meriah berbanding sambutan tahun lalu.

“Semakin dekat dengan tarikh Deepavali, suasana di Little India ini semakin meriah, semakin ramai pelanggan yang datang untuk membeli baju baharu dan lain-lain barangan keperluan untuk perayaan itu nanti.

“Pada waktu bekerja, pelanggan tetap ada walaupun tidak ramai kerana ramai yang masih bekerja tetap jumlah pelanggan bertambah selepas waktu be­kerja.

“Apa yang saya lihat mereka tetap datang membeli belah walaupun cuaca hujan setiap petang ketika ini. Ini menyebabkan mereka membeli-belah hingga malam. Sambutan kali ini memang lebih meriah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, bermula 5 November lalu hingga sebelum Dee­pavali, pihaknya mengadakan pertunjukan bermula pukul 8 malam sehingga 12 tengah malam.

“Kami akan buka kedai pada pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam untuk persiapan menyambut hari Deepavali,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, K.Muthusamy, 41, berkata, keadaan musim hujan terutama pada sebelah petang tidak menjadi penghalang untuk keluarganya membuat persiapan bagi menyambut pe­rayaan Deepavali.

“Selalunya kami akan membeli-belah selepas waktu bekerja atau pada waktu malam.

“Suasana di sini pun meriah pada waktu malam dan kami sudah merasai kehangatan untuk menyambut perayaan Deepavali,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN