Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam amaran hujan berterusan tahap waspada yang dikeluarkan memberitahu, kawasan terlibat ialah di seluruh Terengganu, manakala di Kelantan membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.