PETALING JAYA: Golongan dewasa yang mempunyai sakit kronik di samping warga emas dikesan berisiko tinggi dijangkiti radang paru-paru atau pneumonia, selain kanak-kanak. Statistik mendapati lebih 10 peratus kematian yang dicatatkan akibat penyakit itu adalah dalam kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairanlah, apabila pneumonia digelar sebagai pembunuh ketiga di Malaysia, sejak lebih sedekad lalu. Pengerusi Inisiatif Cegah Pneumonia Pnuemokokol (PPP), Prof. Dr. Zamberi Sekawi berkata, selama ini tumpuan lebih banyak diberikan…










