Ibu buntu anak perempuan tidak mahu pergi sekolah - Utusan Malaysia

Ibu buntu anak perempuan tidak mahu pergi sekolah

GAMBAR HIASAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOALAN

Anak saya sudah dua minggu tidak mahu ke sekolah. Dia seorang pendiam dan tak ramai kawan. Bagaimana saya boleh bantu anak berasa seronok ke sekolah dan senang bergaul?

Azlina, Kepong.

JAWAPAN

Sudah dipujuk, namun tiada tanda anak berminat ke sekolah. Pasti rasa sedih menyelubungi hati puan. Anak kesayangan tiba-tiba berubah sekelip mata, harapan untuk melihat anak berjaya dengan cemerlang di masa hadapan menjadi suram dan kabur.

Di sini saya ingin berkongsi cara mengenalpasti isu yang menyebabkan anak tidak mahu ke sekolah.
Dengan mengetahui isu, baru dapat membantu anak.

Ambil masa untuk bercakap secara personal dengan anak.

* Puan boleh bertanyakan keadaan anak adakah dia selesa dengan keadaanya kini.

* Tunjukkan kesungguhan bahawa puan benar-benar ingin membantu anak untuk selesaikan masalah yang dihadapinya.

Bawa anak berjumpa kaunselor.

* Puan boleh mengadakan temujanji dengan kaunselor selain kaunselor sekolah.

* Elakkan kaunselor sekolah anak puan kerana khuatir anak tidak selesa untuk bercakap isu yang dirasainya.

* Sesi kaunseling membantu menjadi orang tengah dalam sesi tersebut.

Adakan temujanji dengan guru kelas.

* Kenalpasti isu-isu yang menganggu anak di sekolah dan bekerjasama dengan guru kelas untuk pemantauan bersama.

* Berjumpa dengan rakan-rakan rapat anak puan untuk sama-sama membantu memulihkan semangat anak untuk teruskan pembelajaran.

CARA BANTU ANAK:

Bantu anak tetapkan fokus untuk masa depan mereka.

* Bersama-sama dengan anak menyediakan vision board untuk mendapatkan matlamat yang lebih jelas dengan pembelajaran mereka.

Beri bimbingan dan motivasi.

* Ibu bapa perlu sentiasa memantau emosi anak dengan baik. Fokus pada kekuatan dan kelemahan yang ada pada anak dan bantu mereka untuk melakukan perubahan secara sistematik.

Beri ganjaran bagi setiap pencapaian.

* Puan boleh tetapkan ganjaran kepada anak apabila mereka dapat mencapai kejayaan yang diinginkan. Jangan letakkan harapan yang tinggi, cukup sekadar mengikut kemampuan anak pada peringkat permulaanya.

Bantu anak untuk bergaul dengan orang.

* Beri dorongan positif, bantu anak bergaul dengan rakan.

* Beritahu akan kepentingan berkawan kepada anak agar mereka tidak bersendirian dan tidak bosan berada di sekolah.

* Galakkan komunikasi, ajak anak berbual dan berkongsi perasaan. Cara ini dapat membantu anak merasa seronok berborak dan mudah mencari kawan berbual.

* Elakkan membuat perbandingan diri dengan orang lain. Tanamkan dalam diri anak bahawa kehidupan ini bukan sebuah pertandingan. Membandingkan diri dengan orang lain adalah sesuatu yang tidak sihat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya