Rakyat Pelangai pilih wakil rakyat baharu hari ini

Rakyat Pelangai pilih wakil rakyat baharu hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seramai 16,383 pengundi akan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai hari ini bagi memilih seorang wakil rakyat yang baharu.

Jumlah itu daripada keseluruhan 16,456 pengundi Pelangai manakala 73 pengundi membabitkan kertas undi pos telah dikeluarkan yang terdiri daripada 69 kategori termasuk tiga Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

Sebanyak sembilan pusat mengundi dan 30 saluran dibuka bagi tujuan pengundian bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang.

Hanya seorang daripada tiga calon yang mempertaruh nasib akan terpilih bagi menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ekoran kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu.

Pilihan raya kali ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru, iaitu calon Barisan Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam yang dicabar calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi sehingga 75 peratus ke atas berbanding 78 peratus sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Keputusan rasmi PRK Pelangai dijangka diumumkan seawal pukul 9 malam setelah pengiraan dibuat membabitkan sembilan pusat pengundi dan 30 saluran.

Oleh itu semua pengundi diseru dapat keluar mengundi supaya dapat semarak semangat demokrasi walaupun timbul kelesuan politik dalam kalangan rakyat.

Cuaca diramalkan cerah pada sebelah pagi hari pengundian namun ribut petir diramal berlaku pada sebelah petang di kawasan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN