SEVILLE, Sepanyol: Gabriel Jesus meledak gol hebat dan mencipta gerakan untuk satu lagi jaringan Arsenal ketika kelab London itu menumpaskan Sevilla 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara di tempat lawan awal pagi tadi.
Penyerang Brazil itu melakukan hantaran cantik kepada Gabriel Martinelli untuk gol pembukaan Arsenal pada waktu kecederaan babak pertama.
Dia kemudian menggandakan kedudukan menerusi penyudah yang hebat pada minit ke-53, sekali gus membawa Arsenal ke tangga teratas Kumpulan B.

Arsenal mengungguli kumpulan dengan enam mata, satu mata di depan Lens, yang seri 1-1 di laman sendiri menentang PSV Eindhoven, yang berkomgsi dua mata bersama Sevilla.
Satu-satunya perkara negatif buat Gunners daripada perlawanan itu, Jesus herhincut-hincut meninggalkan padang dan dikhuatiri mengalami kecederaan hamstring.
“Dia merasakan kecederaan di hamstring dan terpaksa keluar, saya bimbang tentang itu,” kata pengurus Arsenal. – AGENSI