Isu gaji, salah pengurusan pasukan bukan orang lain

Isu gaji, salah pengurusan pasukan bukan orang lain

KEDAH Darul Aman FC perlu menyelesaikan tunggakan gaji hari ini atau terpaksa melupakan Liga Super musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : “Pasukan perlu lebih bertanggungjawab” .

Itu yang ditegaskan pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli yang menggesa setiap kelab perlu lebih serius dalam menjaga kebajikan pemain setiap masa.

Dengan isu yang menimpa beberapa kelab susulan kegagalan membayar gaji pemain dan pegawai, Pekan menganggap pasukan-pasukan terbabit seolah-olah tidak mengambil berat masalah yang dihadapi para pemain apabila melengah-lengahkan pembayaran gaji.

Malah apa yang menghairankan bagi beliau adalah kesalahan kelab yang berhutang gaji kepada pemain diletakkan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

“Kita sebenarnya patut menuding jari kepada mereka yang berhutanglah, bukannya tuding kesalahan kepada pihak yang menyediakan platform ini.

“MFL sudah menyediakan liga yang sebenarnya kita sendiri lihat taraf Liga Malaysia semakin meningkat dan sudah tentu gaji-gaji pemain pun seiring.

“Sepatutnya pasukan-pasukan dah tahu kemampuan mereka daripada awal dan tidak patut ada dah isu gaji ini,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

PEMAIN-pemain pasukan Negeri Sembilan difahamkan belum menerima gaji masing-masing.

Pekan berkata, isu tidak membayar gaji ini sepatutnya tidak lagi berlaku apatah lagi dengan peningkatan Liga Malaysia pada musim ini dan berharap setiap kelab dapat menyelesaikannya dengan kadar segera.

“Ia ibarat isu yang tidak pernah ada kesudahan dan sepatutnya kelab-kelab ini perlu ada inisiatif untuk lebih bertanggungjawab, bukannya buat pekak sahaja bila tidak bayar gaji.

“Mereka seolah-olah tidak mahu bertanggungjawab apabila tiada respon apa-apa berkenaan isu ini dan sepatutnya mereka perlu memberi penjelasan apa yang berlaku sebenarnya.

“Menyedihkan juga bila kita tengok apa yang berlaku dekat pemain-pemain dan hutang sepatutnya memang perlu dituntut, jangan buat tidak tahu sahaja dan buat macam tidak ada rasa bersalah,” jelasnya.

Mungkin selepas ini mana-mana pasukan yang tidak berkemampuan boleh menggunakan pendekatan seperti Petaling Jaya City sebelum ini, iaitu membentuk skuad 100 peratus pemain tempatan tanpa import yang ternyata dapat menjimatkan perbelanjaan terutama daripada segi pembayaran gaji.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN