'Bebaskan Palestin' daripada Israel yang merompak 75 tahun'

‘Bebaskan Palestin’ daripada Israel yang merompak 75 tahun’

TANGKAP layar daripada hantaran laman Instagram Eric Cantona.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Legenda Manchester United, Eric Cantona menyatakan sokongan penuh kepada Palestin menerusi satu hantaran di laman media sosialnya.

Kenyataan itu dibuat susulan konflik berterusan antara Israel dan Palestin yang menyaksikan beribu-ribu orang awam kehilangan nyawa.

Berikutan konflik semasa, ramai pemain, penyokong dan pengulas sukan memberikan pendapat peribadi mereka termasuk bekas bintang Arsenal, Mesut Ozil dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Eric Cantona

Cantona melontarkan pandangannya mengenai perkara itu dengan berkongsi imej yang asalnya dihantar oleh seorang aktivis politik.

Hantaran di Instagram berbunyi: “Mempertahankan hak asasi warga Palestin tidak bermakna anda pro-Hamas.

“Menyatakan ‘Bebaskan Palestin’ tidak bermakna anda anti-Semitik atau mahu semua Yahudi diusir.

“‘Bebaskan Palestin’ bermakna bebaskan warga Palestin daripada pendudukan Israel yang merompak hak asasi mereka selama 75 tahun.

“‘Bebaskan Palestin’ bermakna berhenti mengurung 2.3 juta warga Palestin dalam penjara terbuka paling besar di dunia, separuh daripada mereka kanak-kanak.

“‘Bebaskan Palestin’ bermakna penamat kepada dasar aparteid yang diamalkan kerajaan Israel.

“‘Bebaskan Palestin’ bermakna berikan Palestin kebebasan mengawal infrastruktur asas di bumi mereka sendiri’.”

Beberapa tunjuk perasaan dalam kalangan bola sepak sudah diadakan sejak konflik itu bermula termasuk hantaran Ozil dalam akaun media sosial miliknya.

Jumaat lalu, Ozil membuat hantaran di Twitter, meminta peperangan itu ditamatkan selain turut menggambarkan sokongannya terhadap Palestin.

Mesejnya berbunyi: “Berdoa demi kemanusiaan. Berdoa untuk keamanan,” tulis pemain berusia 34 tahun itu dengan dua emoji berdoa dan bendera Palestin.

Begitu juga peminat Celtic, sebelum pertembungan Liga Perdana Scotland mereka dengan Kilmarnock, mengibarkan sepanduk ‘Free Palestine’ dan ‘Victory to the Resistance’ di Celtic Park. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya