Wanita maut dihempap kenderaan hilang kawalan

Wanita maut dihempap kenderaan hilang kawalan

ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang dihempap oleh kenderaan dipandu mangsa dalam nahas jalan raya di Jambatan Sungai Rayang, Jalan Serian-Kuching ,malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERIAN: Seorang pemandu kenderaan jenis pacuan empat roda Toyota Hilux maut dalam nahas jalan raya kendiri di Jambatan Sungai Rayang, Jalan Serian-Kuching di sini malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata,  mangsa yang merupakan seorang wanita tercampak keluar dan dihempap kenderaan yang dipercayai hilang kawalan.

“Dalam kejadian pukul 8.37 malam itu, mengakibatkan mangsa maut dilokasi kejadian akibnatr dihempap berkenaan.

“Lelaki yang  merupakan penumpang berjaya dikeluarkan oleh orang awam di lokasi kejadian,” katanya.

Tambahnya lagi, operasi menyelamat di lokasi kejadian berjaya mengeluarkan mangsa yang berada di bawah kenderaan dan menyerahkannya kepada Kementerian Kesihatan dan polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa telah disahkan telah meninggal dunia, dan identiti dikenal pasti sebagai Nalasip Adoh, 44 tahun,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN