Pemandu lori ditahan, rakan ditemukan mati dalam lori

Pemandu lori ditahan, rakan ditemukan mati dalam lori

WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang pemandu lori ditahan reman selama 12 hari bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki yang juga rakannya pada 4 September lalu.

Dalam kejadian di Jalan UPM – Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda itu, suspek ditemui dalam sebuah lori bersama seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun, mangsa berusia 43 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Sultan Idris Shah Serdang.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sebelum kejadian, anggotanya menemukan dua lelaki dalam sebuah lori di mana salah seorangnya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, anggotanya kemudian membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat mendapati, mangsa maut akibat kecederaan akibat hentakan benda tumpul di bahagian kepala dan suspek berusia 41 tahun kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan mendapati, suspek adalah rakan kepada mangsa, malah tinggal di satu kawasan perumahan yang sama.

“Suspek ditahan reman sehingga 15 September ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 25 (1) n PPN 1990 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang pada 14 September ini.

Selain itu, katanya, pihaknya juga tidak dapat merungkai motif kejadian itu dan setakat ini tiada pembabitan individu lain dikesan dalam kes pembunuhan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya