Umar pecah rekod kebangsaan

Umar pecah rekod kebangsaan

Umar Osman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelari 400 meter (m) negara, Umar Osman sekali lagi memecah rekod kebangsaan dalam acara berkenaan.

Rekod itu tercipta di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2023 di Chengdu, China apabila mencatat rekod baharu kebangsaan, hari ini.

Atlet kelahiran Johor itu mencatat masa 46.33 saat (s), 0.01s lebih pantas daripada catatannya ketika memenangi pingat emas di Sukan Sea Kemboja dekat Phnom Penh, Mei lalu.

Kejayaan merakam rekod baharu kebangsaan itu membolehkannya menamatkan pusingan saringan pertama di kedudukan kedua di belakang pelari Australia, Holder Reece Nathaniel yang mencatat masa 46.10s.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya