Harris Baba lebih berjaya di Sabah? - Utusan Malaysia

Harris Baba lebih berjaya di Sabah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TERUS-TERANG, sebenarnya, sudah lama juga Cik Bunga tak mendengar khabar penyanyi berwajah tampan yang seorang ini.

Masih ingat lagi bagaimana Harris Baba menempa populariti menerusi single pertama yang berjudul Katakan.

Boleh dikatakan, waktu itu memang ramai wanita yang angau dengannya apa lagi suaranya pun boleh tahan sedap.

Cuma, sayangnya, ketika popularitinya memuncak, waktu itu Harris membuat keputusan untuk berkahwin dan pulang menetap ke negeri kelahiran isterinya di Sabah.

Lama menyepi, ramai yang sangka Harris sudah tidak lagi berminat dengan dunia nyanyian.

Cik Bunga pun fikir begitu sebab memang lama sangat dia tidak keluar dengan sebarang khabar berita.

Adalah sekali dua dengar, dia ada terima undangan persembahan di Sabah. Tetapi, rupanya, bukan sekadar undangan menyanyi ya.

Cik Bunga dengar, sejak beberapa tahun ini, Harris boleh dianggap dah macam taukey panggunglah di sana.

Harris banyak terbabit menjalankan perniagaan pengurusan acara dan program-program di sekitar Sabah dan Sarawak.

Bagi Cik Bunga, itu pun satu kejayaan. Maka, betullah orang kata, rezeki itu, kalau kita pandai usahakan dan tak putus asa, InsyaAllah akan ada.

Siapa sangka, Harris boleh mengukir kejayaan di sana, di kala mungkin orang akan terfikir ‘eh ada apa saja di Sabah itu?’

Jangan tak tahu ya. Sabah dan Sarawak sejak kebelakangan ini lebih meriah acara hiburan dan program-program menarik.

Tak sendu lah orang kata! Satu lagi, Cik Bunga dengar Harris pun akan jadi penganjur pertama yang bakal membawakan kumpulan popular Indonesia, Armada ke Sabah.

Harris bakal jadi taukey panggung untuk konsert Armada band di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Kota Kinabalu, Sabah pada 4 November ini.

Tahniah Harris. Semoga terus sukses Cik Bunga dan Pancaindera ucapkan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya