Wanita acu pisau, ugut suami akibat enggan beri nafkah - Utusan Malaysia

Wanita acu pisau, ugut suami akibat enggan beri nafkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Akibat berang suami enggan memberikan wang nafkah RM5,000, seorang isteri bertindak mengacukan pisau dan mengugut lelaki itu dalam pergaduhan di rumah mereka di Taman Tasik Tambahan, Ampang.

Bagaimanapun tindakan wanita warga Indonesia berusia 34 tahun itu membawa padah apabila dia ditahan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, polis menerima laporan dibuat suami wanita itu yang berusia 48 tahun, 6 Julai lalu.

Katanya, peniaga itu mendakwa berselisih faham dengan isterinya ketika berada di rumah kira-kira pukul 6 pagi.

“Mangsa mendakwa isteri meminta wang berjumlah RM5,000 untuk pulang ke kampung.

“Mangsa tidak mempunyai jumlah wang diminta menyebabkan isteri mengacukan pisau ke arah muka mangsa dan memberitahu akan merodok mulut mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan, Mohd Azam berkata, polis yang menjalankan siasatan mengesan wanita terbabit dan menahannya kira-kira pukul 9 malam, kelmarin.

Katanya, semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing juga negatif dadah.

Beliau berkata, suspek direman empat hari sehingga Khamis ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya