Kelab Arab goda De Gea dengan tawaran lumayan

Kelab Arab goda De Gea dengan tawaran lumayan

DAVID DE GEA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: David De Gea tidak perlu menunggu lama untuk kembali ke padang bola sepak sejak dilepaskan oleh Manchester United bulan lalu.

Penjaga gol Sepanyol itu menerima gaji paling mahal di United dengan 375,000 pound (RM2.22 juta) seminggu, namun kontraknya tidak diperbaharui selepas kelab lebih berminat dengan Andre Onana.

Menurut Daily Star, De Gea bagaimanapun mampu menggandakan gajinya apabila menerima tawaran lumayan daripada beberapa kelab Arab Saudi pada musim panas ini.

Bergabung kembali dengan Cristiano Ronaldo antara yang mungkin boleh berlaku selepas dia turut menarik minat Al-Nassr.

Begitupun buat masa ini, kelab yang berpangkalan di Riyadh itu dilarang oleh badan bola sepak dunia, FIFA daripada membeli pemain baharu ekoran belum melunaskan hutang.

CRISTIANO RONALDO

Dea Gea, 33, pada mulanya tampak akan kekal di United selepas dia bersetuju untuk menerima pengurangan gaji tetapi United bertukar fikiran pada saat akhir sekali gus menamatkan karier 12 tahun bintang Sepanyol itu di Old Trafford.

Pada awalnya, United berminat dengan penjaga gol Everton, Jordan Pickford, namun harga 70 juta pound (RM415 juta) yang ditetapkan oleh Toffees menjadi penghalang.

Kelab mengalihkan tumpuan kepada Onana dan semakin hampir melengkapkan perjanjian bernilai 47 juta pound (RM279 juta).

Penjaga gol Cameroon itu akan menjalani ujian perubatan esok.

De Gea meninggalkan United sebagai penjaga gol paling banyak beraksi dalam sejarah mereka dengan 545 penampilan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN