Cef CZN Burak saman bapa sendiri, dakwa seleweng wang

Cef CZN Burak saman bapa sendiri, dakwa seleweng wang

CZN BURAK memfailkan saman terhadap bapanya dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$10 juta (RM45.5 juta). - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Seorang cef warga Turki yang terkenal mengambil tindakan undang-undang terhadap bapanya selepas mendakwa individu itu melakukan penipuan sehingga mencecah jutaan dolar.

Burak Ozdemir atau lebih dikenali sebagai cef CZN Burak meraih populariti di media sosial menerusi rakaman video yang memaparkan bakat masakannya.

Lapor Arab News, CZN Burak memfailkan saman terhadap bapanya, Hasan Ozdemir dengan menuntut ganti rugi sebanyak AS$10 juta (RM45.5 juta).

CZN Burak mendakwa Hasan menggunakan syarikat media dan hiburan miliknya iaitu Hatay Medya untuk menyeleweng dana dan mendapatkan pinjaman atas namanya tanpa pengetahuan. 

Cef itu turut mendakwa bapanya menggunakan dana yang diseleweng untuk membeli beberapa kereta mewah dan hartanah.

Syarikat Hatay Medya ditubuhkan untuk menghasilkan kandungan digital untuk platform media sosial cef Ozdemir.

Populariti cef itu melonjak dan dia kemudian menceburkan diri dalam perniagaan restiran sehingga memiliki rangkaian tersendiri.  

Pertikaian antara cef dan bapanya semakin memuncak apabila Hasan didakwa menjual hak milik sebuah restoran CZN Burak pada harga AS$41 juta (RM186.8 juta).

Dalam pada itu, CZN Burak berkata, dia mahu membina semula kehidupannya dengan menggunakan wang simpanan yang tinggal dan merancang untuk tinggal bersama ibunya.  

Sementara itu, Hasan menafikan dakwaan itu, dengan memaklumkan wang tersebut dilaburkan dalam perniagaan anaknya tanpa sebarang niat penipuan.

Hasan juga menafikan tuduhan menipu anaknya dan menegaskan bantuan kewangan diberikan oleh anaknya bertujuan untuk mempromosikan jenamanya.

Prosiding undang-undang belum selesai di mahkamah di Istanbul, dengan perbicaraan pertama dijadualkan pada September depan.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya