Calon PH bertanding di DUN Manir bertukar - Utusan Malaysia

Calon PH bertanding di DUN Manir bertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS : Pakatan Harapan (PH) membuat pertukaran calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, pada saat-saat akhir.

Calon kerusi DUN itu yang diumumkan pada 22 Julai adalah Mohd. Jusoh,  namun watikah pencalonan yang diberi diserahkan kepada calon lain, Eka Lisut, sebentar tadi.

Watikah tersebut disampaikan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bilik kenamaan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Selain Eka, dua lagi calon yang diumumkan sebelum ini kekal iaitu Wan Muhamad Haikal Wan Ghazali untuk kerusi DUN Wakaf Mempelam dan Osman Umar (DUN Sura).

Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pula, Anwar menyampaikan watikah itu kepada Azan Ismail.

Turut hadir ialah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Pada majlis sama, watikah turut diberi kepada enam calon PKR dari Kelantan iaitu Zamakh Sari Ibrahim untuk DUN Pasir Pekan, Syed Mohd Alidustur Syed Md Zain (Panchor) dan Ezzat Hanuzi (Chetok).

Tiga lagi calon ialah Naziratul Aina Sayuty (Pasir Tumboh), Kamaruddin Mat Zin (Limbongan), Mohd Shukri Ishak (Mengkebang) dan Zinda Khalil Sastro Hassan (Tanjong Mas).

Dalam pertemuan bersama calon-calon itu, Anwar meminta semua ahli akar umbi dan penyokong PH di Terengganu dan Kelantan untuk memperkukuhkan jentera parti dalam menghadapi PRN tidak lama lagi.

Beliau turut menasihatkan semua calon agar berkempen secara sihat untuk memenangi hati pengundi seterusnya mencapai kemenangan yang disasarkan. 

Tambahnya, calon juga tidak perlu terikut-ikut rentak parti lawan untuk menyerang peribadi sesiapa pun, sebaliknya menggunakan pendekatan berhemah sepanjang tempoh berkempen. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya