Calon-Calon PRN perlu aktif guna media sosial

Calon-Calon PRN perlu aktif guna media sosial bagi dekati golongan muda

AHMAD Maslan menceduk lauk ketika menghadiri majlis perkahwinan pasangan pengantin Nor Haziqah Rosli dan Abd. Malik Shafiq Abd. Aziz di Kampung Parit Panjang, Pontian, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: ‘Perang’ menggunakan media sosial akan menjadi antara kuasa penentu kemenangan calon-calon Pilihan Raya Negeri (PRN) selain kaedah bersemuka dan ceramah umum.

Hakikatnya pengundi muda menjadikan media sosial seperti WhatsAsap, Telegram, Instagram dan Tik Tok sebagai panduan bagi mereka memilih calon-calon sebagaimana pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Menyedari perkara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangan 100 orang calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada PRN membuka atau mengaktifkan media sosial masing-masing.

Katanya, dengan 45 peratus calon dalam kalangan golongan muda, tentu lebih memudahkan mereka untuk menguasai teknologi tersebut bagi menyaingi perkara yang sama dilakukan oleh pihak lawan.

Menurut beliau, pengundi muda berusia 21 hingga 29 tahun merupakan kumpulan paling ramai  dalam kalangan hampir 10 juta pengundi yang akan membuat keputusan pada 12 Ogos depan.

“Mengambil pengalaman golongan muda lebih dekat dan mudah melayari media sosial yang berada dihujung jari mereka, seharusnya calon-calon BN menyedari perkara tersebut,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian ditemui ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan pasangan pengantin Nor Haziqah Rosli dan suaminya, Abd. Malik Shafiq Abd. Aziz di Kampung Parit Panjang, di sini hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi berkata, BN akan mengumumkan calon-calon yang bertanding pada PRN pada 21 Julai ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN