Hobi 'spotter' pantau pesawat

Hobi ‘spotter’ pantau pesawat

MUHAMMAD Syahmi Syafiq Md. Yusoff.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA 2023 telah melabuhkan tirai dan berlangsung dengan jayanya. Malah Lima kali ini diiktiraf antara penganjuran terbaik sejak ia diadakan. Kita dapat melihat gambar-gambar menarik yang dirakam oleh jurufoto media dan peminat aviasi yang dipaparkan di dada akhbar dan media sosial.

Di Malaysia, ada jurufoto yang obses merakam kapal terbang di beberapa lokasi menarik, antaranya di Anjung Spotter yang dibina khas oleh Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Begitu juga di tepi pagar Runway 15 Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, boleh dikatakan setiap hari terdapat spotter menunggu dengan penuh sabar pergerakan keluar masuk kapal terbang.

Planespotter adalah satu hobi yang melibatkan pergerakan pesawat yang terdiri daripada jurugambar dan juruvideo. Komuniti planespotter ini juga terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Pada hari ini, komuniti planespotter semakin berkembang dari masa ke masa. Antara spotter yang dikenali di Malaysia seperti nama Instagram mereka iaitu avgeekmy, juwita_anne, nwar81, amirulnaims, abdulhafiza380 dan theplanespaparazzi.

Muhammad Syahmi Syafiq Md. Yusoff atau lebih dikenali sebagai syhfqspotter antara jurufoto spotter muda yang aktif merakam pesawat di Malaysia. Syahmi Syafiq, 23, merupakan jurufoto sepenuh masa namun hobi merakam gambar kapal terbang telah menaikkan nama beliau. Beliau telah terpilih sebagai anggota kumpulan MyElite yang ditubuhkan di bawah naungan MAHB.

Selain memantau pesawat, peminat planespotting juga merekodkan maklumat mengenai lapangan terbang, komunikasi kawalan trafik udara, laluan penerbangan dan banyak lagi.

Beliau menggunakan pelbagai aplikasi untuk melihat jadual penerbangan pesawat komersial seperti flightradar dan radarbox yang memaparkan jadual penerbangan harian daripada pelbagai syarikat penerbangan dan destinasi yang dituju oleh pesawat tersebut.

Jadual penerbangan ini dipantau bagi mendapat maklumat pesawat apa yang akan mendarat dan tiba di beberapa lapangan terbang yang telah dipilih. Kejayaan sebenar spotter semestinya terletak kepada individu itu sendiri.

Anak muda ini sentiasa ingin mendapatkan momen atau merakamkan satu detik yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti penampakan juruterbang dari cockpit sehinggalah untuk mendapatkan beberapa corak baharu yang dapat kita lihat pada badan pesawat yang berbeza dengan pesawat lain.

Semasa Lima 2023 berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, terdapat kira-kira 500 jurufoto dari dalam dan luar negara merakam aksi aerobatik pesawat pejuang dan persembahan yang diambil daripada sudut berbeza.

Kehadiran Syahmi Syafiq di LIMA 2023 membolehkan beliau bertemu dengan rakan-rakan planespotter yang mempunyai minat sama dan dapat berkenalan serta bertukar tips dengan sahabat baru dari negara jiran.

Semasa pertunjukan udara itu, beliau menggunakan Kamera Sony A7 Mark III dan mengenakan lensa Sony FE 200-600 f5-6.3.

Hobi ‘mahal’ ini telah membuka ruang rezeki kepadanya apabila khidmat fotografi beliau diintai beberapa syarikat penerbangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya