Co-opbank Pertama catat keuntungan tertinggi dalam sejarah - Utusan Malaysia

Co-opbank Pertama catat keuntungan tertinggi dalam sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Co-opbank Pertama (CBP) mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang tertinggi sebanyak RM103.43 juta, iaitu yang tertinggi sejak penubuhan institusi perbankan tersebut sejak 1950.

Pengerusinya, Datuk Baharom Embi berkata, peningkatan keuntungan itu melonjak sebanyak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM86.14 juta.

“Peningkatan keuntungan ini dipacu dengan pembiayaan peribadi, Ar Rahnu dan Pembiayaan Perumahan di samping pembiayaan koperasi dan korporat yang membantu terhadap keuntungan CBP bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2022.

“Selain itu, CBP juga mencatatkan peningkatan aset yang tertinggi iaitu sebanyak RM7.73 bilion sehingga 31 Disember 2022 berbanding RM6.07 bilion pada tahun sebelumnya dengan peningkatan sebanyak 28 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliaua, dividen akan diumumkan dalam masa terdekat selepas mendapat kelulusan dan persetujuan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Kita telah mencadangkan pembayaran dividen kepada SKM dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat. Insya-Allah kadar dividen yang dicadangkan kepada SKM adalah kompetitif walaupun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi sepanjang tahun lalu dan seiring dengan keuntungan yang telah dicapai pada tahun 2022,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya