Bekas banduan dicekup bersama sepucuk pistol

Bekas banduan dicekup bersama pistol, peluru hidup

MOHD. Haki Hasbullah (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan sepucuk pistol jenis Revolver S/W 357 Magnum Smith/Wesson bersama enam butir peluru yang dirampas daripada seorag lelaki dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah, Kelantan, hari ini. -UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH : Seorang bekas banduan dicekup bersama sepucuk pistol dan enam butir peluru hidup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Air Murbo,Jedok di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditahan pada pukul 2.55 petang selepas pihak polis menerima laporan suspek bertindak mengugut dan mengamuk untuk mencederakan ahli keluarganya selepas tidak dibenarkan menggunakan motosikal.

Menurutnya, suspek bertindak keluar daripada rumah kira-kira pukul 2.30 petang dengan membawa sebuah beg galas yang disyaki mengandungi pistol.

“Semasa serbuan dibuat, suspek berada seorang diri di bahagian ruang tamu dan pemeriksaan lanjut ke atas beg galas yang dipegang suspek telah menjumpai sepucuk pistol jenis Revolver S/W 357 Magnum Smith/Wesson bersama enam butir peluru yang berada di dalam silinder.

“Turut ditemukan ialah lima biji dadah jenis pil Yaba yang turut berada di dalam beg galas tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah di sini hari ini.

Mohd. Haki memberitahu, suspek mendakwa pistol berkenaan diperoleh daripada seorang kenalannya dua minggu lalu.

Katanya, suspek kononnya mendakwa memiliki pistol untuk tujuan melindungi dirinya daripada binatang buas memandangkan suspek bekerja sebagai penebang pokok.

“Berdasarkan semakan, suspek memiliki lima rekod lampau membabitkan jenayah dan penyalahgunaan dadah serta hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 10 Jun ini bagi membantu siasatan,”katanya.

Tambah Mohd. Haki, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

“Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.