Selangor hasil 8,765 juta liter air sehari menjelang 2030 - Utusan Malaysia

Selangor hasil 8,765 juta liter air sehari menjelang 2030

Air Selangor
AMIRUDIN Shari (tengah) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) bergambar bersama tetamu pada Majlis Pecah Tanah LRA Sungai Rasau dekat Kampung Seri Cheeding, di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Selangor dijangka berupaya menghasilkan 8,765 juta liter air sehari (JLH) menjelang 2030 melalui lebih 30 Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini termasuk Sungai Rasau yang akan mula beroperasi pada 2025 dan 2030.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembinaan LRA Sungai Rasau Peringkat 1 bernilai RM3.42 bilion dijangka siap pada 2025 dijangka menyumbang bekalan sebanyak 700 JLH.

“LRA Sungai Rasau Peringkat 2 dengan kos RM2.12 bilion yang dijangka siap pada 2030 dapat memberi tambahan 700 JLH lagi. 

“Pada masa yang sama, projek Skim Bekalan Air Langat 2 Fasa 2 juga meningkatkan kapasiti sehingga 1,130 JLH yang menelan belanja kira-kira RM3.42 bilion dijangka siap pada 2028,” katanya pada pemberita ketika menghadiri Majlis Pecah Tanah LRA Sungai Rasau di Kampung Seri Cheeding, hari ini.

Beliau menambah, pada 2029, projek Skim Bekalan Air Labohan Dagang Fasa 2 bernilai RM480 juta dijangka siap dan dapat membekalkan 200 JLH air.

Justeru, keseluruhan LRA di kawasan Pembangunan Serantau Bersepadu Selangor (IDRISS) yang bernilai RM9.45 bilion akan menjadi penyumbang kepada margin simpanan air di negeri ini, Kuala Lumpur dan Putrajaya daripada 11.9 kepada 17.7 peratus pada 2030.

Sementara itu Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahu, pembinaan kolam takungan dwi-fungsi bagi tebatan banjir dan sumber bekalan air mentah Sungai Klang – Sungai Rasau dilaksanakan melalui peruntukan secara geran oleh Kerajaan Persekutuan.

“Ia selaras dengan dasar kerajaan berdasarkan Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air yang dilaksanakan sejak 2007. LRA Sungai Rasau akan menyediakan bekalan air alternatif sekiranya berlaku insiden pencemaran dan mengurangkan kebergantungan teradap Skim Sungai Selangor.

“Projek terbabit sedang dalam peringkat penyediaan dokumen tender dan akan mula dilaksanakan pada suku ketiga 2023 dan dijangka siap pada 2027,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya