Peluang Lee Zii Jia akhiri kemarau kejuaraan

Peluang Lee Zii Jia akhiri kemarau kejuaraan

LEE ZII JIA. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia berpeluang menjadi juara buat pertama kali di Kejohanan Badminton Malaysia Masters yang dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula hari ini hingga Ahad depan.

Berdasarkan prestasi semasa dan aksi konsisten ketika membantu skuad badminton negara melangkah ke pusingan separuh akhir pada saingan Piala Sudirman di Suzhou, China baru-baru ini, Zii Jia dilihat berada dalam landasan terbaik.

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Wong Choong Hann berkata, pemain No.8 dunia itu, sentiasa menampilkan aksi terbaik pada kejohanan tersebut, terutamanya dengan menewaskan beberapa nama besar.

“Kali ini, Lee Zii Jia memang pamerkan permainan yang sangat stabil dan bagus di mana dia berjaya mengatasi beberapa pemain bintang seperti K. Srikanth dari India serta pemain Taiwan, Chou Tien Chen (di Piala Sudirman).

“Tugas Zii Jia bukan mudah kerana dia pikul tanggungjawab cukup besar tetapi dia bermain dengan tenang. Selain itu, dia juga bawa semangat kepada pasukan kita di Piala Sudirman,” katanya.

Pada aksi pusingan pertama Malaysia Masters, Zii Jia yang juga bekas juara Asia dijadualkan bertemu pemain China, Lu Guang Zu, iaitu pemain yang pernah menewaskannya di Terbuka Australia hujung tahun lalu.

Sementara itu, Choong Hann juga memuji aksi ditampilkan perseorangan wanita profesional, Goh Jin Wei yang melakar sensasi apabila menewaskan bekas juara dunia, P.V. Sindhu ketika membantu Malaysia menewaskan India 5-0.

“Jin Wei boleh dianggap sebagai pemain bintang untuk kita semasa bertemu India di mana dia mengesahkan kemenangan Malaysia. Selain itu, semangat dia juga berikan keyakinan kepada pasukan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.